Kedai Runcit NUNU NOPO (Tidak buli utang)

Saturday, March 28, 2009

INTRODUCTION from Uku

Salam damai untuk semua pembaca dimana jua anda berada.

Salam maaf terlebih dahulu kepada pembaca terutama sekali ahli keluarga dan nama-nama yang tercatat kerana penulis tidak meletakkan pangkat, nama penuh dan penulis tidak tahu jika ada di kalangan ahli yang sudah meninggal dunia sebelum blog ini direka.

Penulis telah menemu ramah bapa penulis sendiri iaitu Majinau Injawan Pongoron dan pada masa temuramah, beliau sudah berusia 68 tahun. Beliau tidak dapat mengingati kesemua ahli termasuk nama penuh, nama isteri dan apalagi cucu cicit.

Blog ini direka khas untuk tatapan sesiapa sahaja terutama sekali ahli keluarga PONGORON.Penulis sedang mencari jejak-jejak kasih ahli keluarga Pongoron,adik-beradik Pongoron,nenek moyang Pongoron atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Pongoron.

Blog ini masih dalam pembaik pulihan, penulis masih mencari maklumat dari sesiapa sahaja. Segala komen dan pembetulan dari semua amatlah dihargai. Penulis akan edit setiap maklumat terbaru dari masa ke semasa.

Bahasa yang digunakan adalah bebas, pembaca boleh memberi komen dalam apa jenis bahasapun. Penulis bukan penulis profesional, segala penggunaan bahasa bercampur aduk. Harap dimaafkan.

Harapan penulis agar blog ini tidak mengundang sebarang kontroversi di kalangan sesiapa sahaja kerana hanya satu tujuan penulis ialah untuk menyediakan santapan kepada anak cucu cicit Pongoron pada masa akan datang.

SELAMAT MELAYARI !

No comments: